Selasa, 31 Ogos 2010

MUTIARA KATA



Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

RAMADHAN AL-MUBARAK




Allah SWT berfirman yang bermaksud :

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa).
Surah Al-Taubah : 36.
....................................



Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :


Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.


Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.


Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.



Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan, pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Muslim yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa istiqamah dan iltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah Subhanahuwata’ala pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah Subhanahuwata’ala kelak.

Rejab sudah berlalu dengan kehadiran Syaaban yang sudah hampir ke penghujungnya, bagaimana persediaan kita menghadapi dan melakukan sedikit perubahan demi perubahan untuk menghadapi bulan Ramadan Al-Mubarak? Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran dan doa kepada-NYA. Semoga Sya’aban ini menjadi penguat dan persedian kepada ibadah kita pada Ramadhan yang mendatang.



Wahai Ramadhan,
Betapa bersyukurnya aku...
Kau telah datang menghampiri,
Membawa berita gembira,
Untuk kami penduduk bumi...


Wahai Hatiku,Tahun ini aku janji...
Masjid akan ku jejaki,
Takkan ku tinggalkan walau sehari...
Moga dengan izin Illahi,
Lailatul Qadar dapat ku dakapi...


Wahai Ramadhan,
Bulan penuh keindahan,
Bulan penuh pengorbanan...
Semoga dosaku yang silam...
Dapat diampunkan...


Wahai Ramadhan,
Sebulan berjalan waktu..
Tanpa ragu-ragu..
Ramadhan yang ku tunggu..
Kini akan membawa aku..
Menemui cintaku Yang Satu..


Ramadhan ini yang sudah beransur pergi,
Pasti akan ku tangisi,
Semoga..
Cintaku pada Pencipta..
Kekal setiap hari,
Bukan hanya sepanjang ramadhan ini..

perpisahan buat seketika.


kami menduka cita ingin mengucapkan selmat tinggal dan semoga dalam keadaan yang selmat buat cikgu matematik kami iaitu Pn.Norliza Md.Noor.Kami sentisa mendoakan cikgu tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak diingini.Kemungkinan setiap perkara itu datang dengan izin Tuhan dan disebaliknya ada hikmahnya.kami dimaklumkan bahwa kami akan menerima guru yang baru iaitu pengetua sekolah (En Razali Ali) moga2 kami dapat menjadi semua iini dengan penuh manfaat!

Jumaat, 16 Julai 2010

KAEDAH TERBAIK MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Petua untuk memperoleh keputusan yang cemerlang...
Pertama:
Keinginan anda sendiri mahu memperoleh keputusan yang baik.Apabila ada keinginan mahu berjaya,hati tergerak untuk belajar bersungguh-sungguh.Bagi mereka yang lemah,perlu usaha yang lebih untutk menyaingi mereka yang cemerlang.Cyrus ada berkata,"Jika anda inigin mencapai sesuatu yang tinggi,mulailah dari yang rendah".Hal ini bermakna,jika anda ingin berjaya dengan cemerlang,mulakanlah dengan kejayaan yang sedikit,namun berkat usaha berterusan pasti akan meraih kejayaan yang diharapkan.
Keduaa:
Anda kesekolah bermatlamatkan untuk belajar.Jadi,apabila berada di dalam kelas perlu menumpukan sepenuh perhatian apa yang guru ajar.Memang ada rakan yang mengajak untuk bersembang.Jangan pedulikan ajakan rakan anada itu.Sebab,ada masa untuk belajar ada masa untuk berbual.Pulang dari sekolah pula,jangan bertangguh menyiapkan latihan yang guru beri.Bagi pelajar yang kedepan,akan membaca terlebih dahulu nota pelajaran sebelum guru mengajar.Tujuannya,apabila guru mengar akan mudah "menankap" apa yang diucapkan.
Ketiga:
Bagi yang kemampuan,perlu menambahkan pemahaman terhadap sesuatu tajuk mata pelajaran dengan mengikuti kelas tuisyen.Pernyataan ini bukan bermakna,apa yang guru ajar tidak mecukupi,tetapi ekadar mahu lebih mahir akan sesuatu topik.Jumlah yang ramai meneyebabkan guru tidak daapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajar.Tetapi,di pusat tuisyen ,jumlah pelajar sekitar 10-15 orang sahaja.Lagipun,berguru dengan pendidik yang lain akan memeproleh kaedah yang lain berlainan dalam meneylesaikan sesutatu masalah.
Keempat:
Anda perlu menubuhkan kumpulan belajar.Tidak perlu ramai,sekitar tiga atau empat orang .Seelok-eloknya ahli daripaa kumpulan ini mempuyai satu matlamat,iaitu memperoleh keputusan cemerlang.Katakanlah esok akan diadakan tentang topik berkenaan mata pelajaran Sejarah,ahli pelu membaca topik berkenaan terlebih dahulu.Pada waktu perbincangan,mereka yang mahir diminta menerangkan dengan lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan.Sekiranya,ada ahli yang tidak bersedia dan hanya mahu menjadi "penumpang",ahli tersebut perlu disingkirkan daripada kumpulan itu,agar kumpulan yang berwawasan daat dibentuk.
Kelima:
Para pelajar perlu menghormati guru untuk memperoleh keberkatan mencari ilmu.Guru diberi tanggungjawab memberi ilmu dan membetuk sahsiah seorang pelajar.Rasa hormat juga patut diberikan kepada ibubapa.Sebelum pergi ke sekolah,cium tangan mereka untuk memohon restu.Anda perlu tahu,setiap detik seorang ibu akan mendoakan anaknya.Bayangkan apa akan jadi kepada ibu anda,jika tahu anda ke sekolah hanya untuk bermain-main??Pisan dan mentimun di tangan anada,anadlah yang berhak memnentukan masa depan anda.
Akhir sekali:
Daniel Webster ada berkata,"KEGAGALAN seing disebabbkan oleh kurangnya tenaga,bukan disebabkan kekurang modal"dan rakan-rakan perlu sedar kita akan menghadapi PERCUBAAN PMR dan selepas itu PMR."jika gagal bukan kerana tiada kemudahan seperti buku dan peralatan persekolahan yang lain,sebaliknya tiada kekuana untuk belajar bersungguh-sungguh.Ingatlah,PMR hanya sekali dan keseronokkan pula boleh dikecapi sepang masa" .Utamakanlah PMR dengan kejayaan yang cemerlang.
Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kandis,
Diselang dengan pokok papaya,
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Jumaat, 9 Julai 2010


HARI JALINAN KASIH SUDAH TAMAT

stdy hard but smart friendssssss
so,hari ini merupakan hari jalinan kasih iaitu hari perjumpaan ibubapa bersama guru kelas mengenai keputusan peperiksaan peperiksaan pertengahn tahun.
hope korang tidak berkecewa hati yaaaaaaw.and harap korang lebih bersemangat selepas ini bagi yang keputusan yang kurang memuaskan dan bagi pelajar yang mendapat keputusan yang amat cemerlang..diucapkan Taniah dengan usha anad and hope guk korang lebih berusaha jangan lalai selepas ini yee...(*INSYALLAH).!!Kami berbangga dengan pelajar2 kami..yela kan walaupun kami ini bukan kelas pertama tapi kami juga mempunyai rakan sepejuangan yang begitu cemerlang oleh kerana cuma aliran KH kami ert so itu bukan persolan bagi kami.and if korang kalau taw kt kelas kami ini ramai pelajar perempuan mane la tak kan.28 perempuan sepuluh je lelaki cz kelas kami kelas pertama alirn ert..Kami juga ingin mengucapkan Taniah berbanyak3 kepada peljaar kami yang sering mendapat keputusan yang cemerlang dan berharap korang SHARE dan sedia membantu rakan yang mndapat keputusan yang kurang cemerlang...coz dari situ korang akan mendapat lebih keberkatan if belajar..tak sala un..jangan kedekut ilmu kerana itu diantara orang yang tidak mempunyai pemikiran yang bijak!

Khamis, 8 Julai 2010

KISAH PELUPA

Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas.Ketika itu,dia teringat untuk mengambil pengaut samaph di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan.Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke bawah.Ketika menuruni tangga seekor kucing melintyas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.Selepas itu,si nenek terpiga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil ditingkat bawah radi.Setelah berfikir beberapa ketika,namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil,maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar ditengah anak tangga sambil cuba untuk mengingatinya,maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya.Lalu si nenek pun berdiri.Ketika itu,si nenek terfikir pula,Eh,tadi aku nak naik ke nak turun.?Sekali lagi si nenek pelupaaaaaaaaa...