Jumaat, 16 Julai 2010

KAEDAH TERBAIK MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Petua untuk memperoleh keputusan yang cemerlang...
Pertama:
Keinginan anda sendiri mahu memperoleh keputusan yang baik.Apabila ada keinginan mahu berjaya,hati tergerak untuk belajar bersungguh-sungguh.Bagi mereka yang lemah,perlu usaha yang lebih untutk menyaingi mereka yang cemerlang.Cyrus ada berkata,"Jika anda inigin mencapai sesuatu yang tinggi,mulailah dari yang rendah".Hal ini bermakna,jika anda ingin berjaya dengan cemerlang,mulakanlah dengan kejayaan yang sedikit,namun berkat usaha berterusan pasti akan meraih kejayaan yang diharapkan.
Keduaa:
Anda kesekolah bermatlamatkan untuk belajar.Jadi,apabila berada di dalam kelas perlu menumpukan sepenuh perhatian apa yang guru ajar.Memang ada rakan yang mengajak untuk bersembang.Jangan pedulikan ajakan rakan anada itu.Sebab,ada masa untuk belajar ada masa untuk berbual.Pulang dari sekolah pula,jangan bertangguh menyiapkan latihan yang guru beri.Bagi pelajar yang kedepan,akan membaca terlebih dahulu nota pelajaran sebelum guru mengajar.Tujuannya,apabila guru mengar akan mudah "menankap" apa yang diucapkan.
Ketiga:
Bagi yang kemampuan,perlu menambahkan pemahaman terhadap sesuatu tajuk mata pelajaran dengan mengikuti kelas tuisyen.Pernyataan ini bukan bermakna,apa yang guru ajar tidak mecukupi,tetapi ekadar mahu lebih mahir akan sesuatu topik.Jumlah yang ramai meneyebabkan guru tidak daapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajar.Tetapi,di pusat tuisyen ,jumlah pelajar sekitar 10-15 orang sahaja.Lagipun,berguru dengan pendidik yang lain akan memeproleh kaedah yang lain berlainan dalam meneylesaikan sesutatu masalah.
Keempat:
Anda perlu menubuhkan kumpulan belajar.Tidak perlu ramai,sekitar tiga atau empat orang .Seelok-eloknya ahli daripaa kumpulan ini mempuyai satu matlamat,iaitu memperoleh keputusan cemerlang.Katakanlah esok akan diadakan tentang topik berkenaan mata pelajaran Sejarah,ahli pelu membaca topik berkenaan terlebih dahulu.Pada waktu perbincangan,mereka yang mahir diminta menerangkan dengan lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan.Sekiranya,ada ahli yang tidak bersedia dan hanya mahu menjadi "penumpang",ahli tersebut perlu disingkirkan daripada kumpulan itu,agar kumpulan yang berwawasan daat dibentuk.
Kelima:
Para pelajar perlu menghormati guru untuk memperoleh keberkatan mencari ilmu.Guru diberi tanggungjawab memberi ilmu dan membetuk sahsiah seorang pelajar.Rasa hormat juga patut diberikan kepada ibubapa.Sebelum pergi ke sekolah,cium tangan mereka untuk memohon restu.Anda perlu tahu,setiap detik seorang ibu akan mendoakan anaknya.Bayangkan apa akan jadi kepada ibu anda,jika tahu anda ke sekolah hanya untuk bermain-main??Pisan dan mentimun di tangan anada,anadlah yang berhak memnentukan masa depan anda.
Akhir sekali:
Daniel Webster ada berkata,"KEGAGALAN seing disebabbkan oleh kurangnya tenaga,bukan disebabkan kekurang modal"dan rakan-rakan perlu sedar kita akan menghadapi PERCUBAAN PMR dan selepas itu PMR."jika gagal bukan kerana tiada kemudahan seperti buku dan peralatan persekolahan yang lain,sebaliknya tiada kekuana untuk belajar bersungguh-sungguh.Ingatlah,PMR hanya sekali dan keseronokkan pula boleh dikecapi sepang masa" .Utamakanlah PMR dengan kejayaan yang cemerlang.
Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kandis,
Diselang dengan pokok papaya,
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

0 comments:

Catat Ulasan